Cinta tak kenal siapa malah jarak umur bukan penghalang.
Ayat itu sering kita dengar apabila pasangan itu menjalin cinta tanpa mengambil kira usia mereka.
Baru-baru ini di Thailand, perbezaan usia 37 tahun tidak menghalang satu pasangan ini untuk memekarkan lagi bibit cinta antara mereka.
Apa yang menarik, Wuthichai Chantaraj, 19, bertemu dengan teman wanitanya Janla Namuangrak, 56, ketika dia baru berusia 10 tahun.
Portal Mirror UK melaporkan, warga emas kepada tiga anak itu meminta bantuan jirannya itu, Wuthichai membersihkan rumahnya di wilayah Sakhon Nakhon di timur laut Thailand.
Disebabkan kerap melakukan kerja untuk wanita itu, kedua-dua mereka bersahabat.
Pasangan itu berkata, mereka tidak terpengaruh dengan jarak umur 37 tahun, kerana mereka tidak segan menunjukkan kasih sayang di khalayak ramai,
Menceritakan tentang hubungan itu, Wuthichai, yang juga dikenali dengan nama panggilannya Tung, berkata dia sudah dua tahun bersama Janla.
“Ini kali pertama dalam hidup saya rasa seperti saya ingin memastikan seseorang hidup dengan selesa.
“Saya melihat rumahnya yang usang dan mendapati diri saya memikirkan cara untuk membantunya hidup dalam keadaan yang lebih baik. Dia seorang wanita yang rajin dan juga jujur. Saya mengaguminya.”
Walaupun menjadi intim sekitar dua tahun lalu, pasangan itu merahsiakan hubungan mereka daripada rakan dan keluarga.
Sejak menjadi umum pada Januari, pasangan itu menggunakan media sosial untuk menyiarkan video dan gambar percintaan mereka.
Janla berpisah dengan suaminya yang berusia 20 tahun, mempunyai tiga orang anak dan semuanya berusia 30-an.
Kini, pasangan itu mendedahkan mereka merancang untuk berkahwin.
Baca Juga: Wah! Ingatkan naik motor je pakai topi, jawab periksa pun pakai topi
Baca Juga: Lelaki tersilap bayar tambang teksi lebih 1,000 kali ganda, nasib baik dapat semula