Jemaah umrah mengamuk depan muka KJ, kena “sidai” lebih 6 jam di airport

Tular sebuah rakaman menunjukkan kemarahan jemaah umrah yang terpaksa menunggu lama gara-gara SOP baru pihak kerajaan yang mewajibkan pemakaian jam tangan ‘tracker’ bagi mereka yang merentas negara.

Video tersebut menampakkan lambakan jemaah umrah yang terlampau ramai di dalam sebuah ruang menunggu tanpa penjarakan sosial.

“Situasi selepas pulang dari umrah, 5 jam menunggu saja…”

Menerusi video @ZulkifliMohamed di Tiktok, dia melampiaskan rasa marah dan tak puas hati akibat terlalu lama menunggu giliran untuk pemakaian jam ‘tracker’ sebaik sahaja pulang dari umrah.

@uzm_87 #ad YB KJ mai melawat dan jemaah mengamuk kerana SOP terlalu teruk di KLIA. #fypシ #viral #umrah #YBKJ #SOP ♬ original sound – Zulkifli Mohamed

“Perjalanan 9 jam ditambah tunggu 6 jam penat weh!…”

Terdapat seorang netizen yang turut berada di lokasi berkenaan meluahkan rasa geram kerana penat dan terpaksa menunggu 6 jam lagi setelah 9 jam perjalanan pulang dari umrah.

Empunya video juga menambah bahawa penantian sangat lama atas sebab pekerja yang menguruskan pemakaian jam ‘tracker’ tersebut hanya 7 orang yang mana terpaksa menguruskan 500 jemaah umrah yang terlibat.

Jemaah umrah mengamuk disidai 6 jam di KLIA gara-gara kena pakai jam ‘tracker’

“Kalau pengurusan baik, orang takkan mengamuk…”

“Kalau nak cerita SOP dekat airport, masuk flight pon nanti duduk rapat…”

-InfoRakyat-