JIJIK! Macam pertama kali lihat dada besar, lelaki kerumun pelayan wanita macam kerumun durian D24

JIJIK! Macam pertama kali lihat dada besar, lelaki kerumun pelayan wanita macam kerumun durian D24. Wanita tersebut ditarik pada bahagian bahu dan dipeluk di bahagian pinggang semasa ambil gambar secara berkumpulan.

Memetik laporan Kosmo menerusi perkongsian satu klip video di laman Twitter Anep memaparkan dua pelanggan lelaki memeluknya dan reaksi gatal dan miang para lelaki lain dalam video tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan milik wanita tersebut dipercayai terletak di Setiu, Terengganu.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.

“Harap pihak berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini,” kata seorang pengguna.

“Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera. Rosak nama negeri Terengganu,” seloroh Shuhada.

“Aku ini baik tidaklah tetapi mengucap panjang juga tengok video ni. Perempuan itu terkenal di TikTok tetapi engkau tengoklah lelaki yang datang tu buat apa dekat dia,” komen seorang lagi pengguna.

 

Tidak kiralah wanita tersebut rela bergambar atau tidak, perlu ke pegang wanita tersebut. Ambil sahaja gambar macam manusia biasa bukannya ambil gambar dengan patung, sedap-sedap je nak pegang.

Baca Juga: Kejam! Ayah, ibu tiri dan abang tiri sanggup bunuh adik usia 5 tahun

Baca Juga: Harga mahal tak mampu beli kesannya generasi muda tak gemar rasa durian akhirnya tak laku