Jika guna kata laluan ini, anda dalam bahaya kerana ia mudah diteka

Jika guna kata laluan ini, anda dalam bahaya kerana ia mudah diteka. Kata laluan adalah salah satu yang paling penting di zaman teknologi ini, segalanya menggunakan kata lauan daripada akaun media sosial sehinggalah akaun bank.

Secara keseluruhan, kata laluan yang paling popular digunakan di seluruh dunia adalah ‘123456‘. Tetapi ia sebenarnya berbeza mengikut kawasan, lokasi dan negara.

ExpressVPN, penyedia perkhidmatan VPN telah berkongsi dapatan mereka tentang kata laluan yang sering digunakan mengikut negara. Maklumat ini diperoleh menerusi kajian pihak ketiga tentang kata laluan yang terbocor, oleh Ata Hakçıl di Github.

kata lauan terkenal yang digunakan

Apa yang menarik dalam senarai ini adalah, Indonesia dan Malaysia ada kata laluan popular yang sama, iaitu sayang. Ini tidaklah menghairankan kerana kedua-dua negara berkongsi bahasa yang hampir serupa.

Laporan ini juga menekankan bahawa bagaimana budaya setempat mempengaruhi pilihan kata laluan yang popular.

  • United Kingdom – password
  • Jerman – passwort
  • Juventus, Itali – Juventus
  • Turki – Anathema ( kumpulan penyanyi popular Turki)
  • Perancis – Azerty ( papan kekunci mereka disusun berbeza dengan kebiasaan di tempat lain iaitu ‘qwerty’)

Secara ringkas, laporan ini turut menyebut bahawa ramai orang menggunakan maklumat peribadi sebagai kata laluan seperti berikut:

  • Nama pertama – 42.30%

  • Nama akhir – 40.00%

  • Nama tengah – 31.60%

  • Tarikh lahir – 43.90%

  • Nombor keselamatan sosial – 30.30%

  • Nombor telefon – 32.20%

  • Nama haiwan peliharaan – 43.80%

  • Nama anak – 37.50%

  • Nama bekas pasangan – 26.10%

Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga, cuba gunakan kata laluan yang

  • Tidak berkaitan maklumat peribadi serta bukan perkataan yang popular.
  • Kata laluan yang baik mestilah panjang sekitar 12-15 gabungan huruf, nombor atau simbol.
  • Serta ia mestilah unik dan cuba berbeza pada setiap laman web atau daftar masuk.

Anda boleh menggunakan pengurus kata laluan atau password manager untuk menggunakan kata laluan yang berbeza di tempat berlainan. Hanya ingat satu kata laluan untuk menggunakan kata laluan yang berlainan.

Selain itu, berjaga-jaga dengan penipuan yang cuba digunakan penjenayah siber untuk mencuri kata laluan seperti menerusi laman web dan aplikasi palsu. Jangan mudah terpedaya dengan ugutan siber dan sentiasa ambil tahu berita terkini tentang teknik penipuan terbaru.

Baca Juga: Empat mitos yang anda perlu tahu tentang isi minyak kereta

Baca Juga: Panik kereta terbakar dan tergelongsor di Genting, mujur satu keluarga selamat