Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menunaikan janji apabila mengumumkan akan melupuskan AS$10,000 (RM44,785) daripada pinjaman pendidikan persekutuan untuk jutaan bekas pelajar kolej.
Manfaat ini diperoleh untuk mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada AS$125,000 (RM559,912) setahun.
Biden juga bersetuju membatalkan hutang sebanyak AS$20,000 (RM89,270) untuk pelajar di bawah Geran Pells iaitu golongan yang paling memerlukan bantuan kewangan.
Dianggarkan 43 juta rakyat AS berhutang dengan jumlah keseluruhan sebanyak AS$1.6 trilion (RM7.1 trilion) dalam hutang pelajar Persekutuan.
Hampir satu per lima daripadanya berhutang kurang daripada AS$10,000 (RM44,785).
“Orang ramai akhirnya boleh merangkak keluar dari timbunan ‘gunung hutang’ itu,” kata Biden.
Biden berkata, pelan tersebut akan memberi lebih banyak ‘ruang bernafas’ kepada keluarga pekerja dan kelas pertengahan.
“Bebanan amat berat sehinggakan jika anda tamat pengajian, anda mungkin tidak mempunyai akses kepada kehidupan kelas pertengahan yang sepatutnya boleh dicapai menggunakan ijazah kolej.
“Kira-kira satu pertiga daripada peminjam mempunyai hutang pelajar tetapi tiada ijazah dan itu perkara paling teruk di dunia,” luah Biden.
Baca juga: Jumpa tapak kaki dinosaur dari 113 juta tahun dahulu selepas air sungai kering
Baca juga: Ronaldo mahu beli kelab golf dan rancang hendak robohkan kerana menganggu pemandangan rumahnya