Juara Masked Singer 2 milik Rambutan, Shila Amzah kembali juara selepas AJL

Juara Masked Singer 2 milik Rambutan, Shila Amzah kembali juara selepas AJL. Misteri pemilik suara merdu yang memakai kostum Rambutan akhirnya terbongkar.

Penyanyi lagu Patah Seribu,  Shila Amzah yang memakai kostum Rambutan diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim kedua yang disiarkan pada malam Jumaat.

Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah, 31, mendapat markah tertinggi daripada pihak juri selepas menyanyikan dua buah lagu iaitu Bujang Senang nyanyian asal Wings dan Hurt (Christina Aguilera).

Sementara itu, tempat kedua disandang oleh bekas pelajar Akademi Fantasia 2016, Amir Masdi yang mengenakan kostum Seladang. Manakala tempat ketiga disandang oleh Liza Hanim yang memakai kostum Orkid.

Pelakon Hanna Delisha yang memakai kostum Burung Hantu menduduki tempat keempat, manakala penyanyi Ara Johari dengan kostum Ratu Semut di tempat kelima.

Persembahan peserta diadili oleh lapan orang juri tiaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Zizan Razak, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.

Rancangan yang bersiaran selama 10 minggu itu dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk AC Mizal. Sembilan selebriti tersingkir pada minggu sebelum ini terdiri daripada:

  • Reshmonu (Periuk Kera)
  • Sabhi Saddi (Bujang Senang)
  • Keifli Othman (Nanas)
  • Zul Huzaimy (Mat Penyu)
  • Sazali Samad (Teh Tarik Kaw)
  • Ray Era (Harum Manis)
  • Iman Troye (Aiskrim Roti)
  • Sherry Ibrahim (Si Merak)
  • Datin Seri Maria Farida (Pepatung)

The Masked Singer Malaysia adalah program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer turut diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Sebelum ini The Masked Singer Malaysia dimenangi oleh Aina Abdul yang mengenakan kostum Bunga Raya, sekaligus menaikkan nama Aina dalam industri Malaysia sehingga berada di tahap ini sekarang.

Baca Juga: Kaki bengkak lepas kena covid-19, Amar minta netizen kongsikan rawatan untuk isteri

Baca Juga: Pemuda ini kongsi tips berbuka untuk kawal serta turunkan berat badan di bulan Ramadan