Jumpa masa hari lahir ibu, wanita jatuh cinta dengan abang tiri sendiri

Betullah jodoh itu di tangan tuhan. Bertahun bercinta dengan pasangan lain, wanita akhirnya temui jodoh dengan abang tiri selepas bertemu di majlis hari lahir ibu yang ke-50.

Wanita dari Finland itu membuat keputusan berkahwin dengan abang tiri hanya setahun selepas ibu bapa mereka berkahwin lapor Daily Star.

Matilda Eriksson, 23, bertemu Samuli, 27, selepas mereka menjadi adik-beradik tiri. Ibu Matilda telah melangsungkan perkahwinan dengan bapa Samuli pada 2019.

“Kami mengambil masa selama dua minggu untuk mula bercinta selepas itu dan dia jatuh cinta terhadap saya dengan serta-merta,” katanya kepada laman berita Yahoo News.

Matilda pada mulanya tidak yakin dengan hubungan tersebut selepas rakannya sendiri tidak setuju namun ibunya memberi restu untuk mengikut kata hatinya.

“Bagi saya, ia mungkin sedikit keliru apabila seseorang yang saya biasanya gelar ‘abang tiri’ kini dipanggil teman lelaki.

“Ibu memberitahu saya untuk melakukan apa sahaja yang saya rasa paling betul pada masa itu, mengetepikan segala-galanya dengan mengikut kata hati, dan akhirnya saya berkahwin dengan Samuli.

“Kami berdua telah menjalinkan hubungan yang lama dengan orang lain sebelum ini tetapi tidak pernah merasa seperti ini dengan sesiapa pun,” katanya. – Agensi

Baca Juga: Jangan sesuka hati cium bayi orang, bimbang terbagi penyakit pula

Baca Juga: ‘Mana Zahid Hamidi? Cakap hari tu nak turun redah banjir’