Jumpa patung seks semasa pemeriksaan rumah, ejen hartanah trauma dengan kelakuan klien

Banyak cabaran yang dihadapi ejen hartanah apatah lagi dilanda Covid-19 yang sedikit sebanyak mempengaruhi ekonomi negara. Buat wanita ini, ia boleh dikatakan pengalaman paling seram ketika membuat pemeriksaan rumah bekas suami kliennya untuk proses menjual.

Sudahlah keadaan rumah tidak terurus, apa yang lagi mengejutkan ialah dia terjumpa patung seks lengkap berpakaian diletakkan di atas kerusi malas di tingkat atas rumah.

Ejen hartanah yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia dikatakan pergi ke rumah teres dua tingkat milik pasangan yang sudah bercerai pada tahun 2020, dan sejak bercerai klien itu tidak pernah pulang ke rumah terbabit.

Allah nak lindung

Ketika sedang buat pemeriksaan rumah, Naida ditemani klien serta anak perempuan klien berusia 5 tahun. Ketika kejadian, bekas suami klien berda di tingkat atas dalam keadaan rumah tidak terurus dan bersepah seolah-olah tiada penghuni

“Sah! Patung tu adalah sex doll. Saya tak sedap hati, tak boleh fikir dah. Saya geli! Saya berterus terang dengan klien minta kemas rumah, simpan patung tu.”

Nadia turut berkata dia tidak bayangkan apa akan berlaku jika dia ke sana berseorangan atau bersama bakal pembeli.

Dia turut akui trauma berada di rumah itu bukan hanya disebabkan kewujudan patung tetapi apabila memikirkan kelakuan bekas suami kliennya itu.

Bekas suami klien asyik pandang pelik

Bila teringat kembali, Nadia mendakwa bekas suami klien kerap senyum dan beri pandangan pelik, sudahlah penampilan lelaki tersebut tidak terurus

“Saya trauma walaupun datang waktu siang bersama klien. Tak dapat bayangkan apa akan berlaku kalau malam. Lebih-lebih lagi saya ni perempuan.”

Difahamkan video tersebut telah diturunkan daripada aplikasi TikTok namun sempat dimuatnaik semula oleh portal MStar di Instagram mereka.

Baca Juga: Muslimah bercuti dengan teman lelaki siap duduk sebilik lagi, netizen cakap syaitan pun keliru baca tip

Baca Juga: Selepas panjat balkoni jiran cuba rakam video wanita mandi, bekas peguam ini dipenjara 12 minggu