“Kalau saya nak keluarkan kedah dari Malaysia, saya kena tangkap tapi ‘orang’ itu bebas” – Tun Mahathir

Tun Mahathir jelaskan mengenai negara yang mempunyai undang-undang untuk menghalang, sekiranya ada usaha untuk mengeluarkan mana-mana negeri dari Malaysia.

Beliau turut melihat kes ini tidak adil kerana undang-undang tersebut tidak terpakai kepada orang yang kedudukannya lebih tinggi.

Memetik Astro Awani, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun memberitahu undang-undang itu mungkin tidak terpakai terhadap pihak yang kedudukannya jauh lebih tinggi.

“Sesiapa yang cuba untuk withdraw (keluarkan negeri) dari Malaysia itu adalah satu jenayah, tetapi kita ada orang yang duduk lebih tinggi daripada undang-undang.

“Apabila orang seperti ini berkata demikian, dia amat serius tetapi tindakan tidak boleh diambil kerana dia tidak tertakluk kepada kepada undang-undang negara kita dan inilah masalah yang kita hadapi sebenarnya.

“Kalau saya sebut tentang nak keluarkan Kedah dari Malaysia saya akan kena tangkap tetapi orang itu bebas dari undang-undang. Jenayah tetap jenayah,” katanya.

Menurut Tun Mahathir, mana-mana individu yang cuba untuk mengeluarkan ‘negeri’ dari Malaysia boleh dikategorikan sebagai jenayah.

Namun begitu, Tun Mahathir mendakwa ada individu yang lebih berkuasa daripada undang-undang dan tindakan tidak boleh diambil terhadap individu berkenaan kerana individu tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang negara.

Baca Juga: Berhenti menganaktirikan Johor – Sultan Ibrahim Iskandar

Baca Juga: Jangan nanti ramai suami terpaksa terjun tasik, video ini dibimbangi ditonton wanita hamil