“Amboii hang… jangan sampai jadi kambing perap sat gi”
Haa itu ‘amaran’ secara berseloroh oleh seorang netizen apabila melihat video tular seekor kambing.
Amaran itu dikeluarkan netizen kerana ‘geram’ dengan aksi ala-ala diva yang ditunjukkan kambing itu.
Bila kita tengok video itu, dah macam manusia dah sombongnya itu siap ada gaya yang macam sedang merajuk dan gaya ala- ala jual mahal pun ada.
Video tersebut berjaya dirakam pemiliknya apabila kambing itu telah ditegur oleh beliau.
Apa yang menggelikan hati, secara spontan kambing itu membuat gaya kepala ala- ala sombong membuatkan pemiliknya berkata “amboiii” kepadanya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen gelak selepas melihat gaya sombong yang ditunjukkan kambing itu.
“Amboiiii buat lah sombong macam tu… jadi kambing golek nanti tahu lahhh.. sedap tuu,”
“Kambing diva niii,”
“Ulang2 tngok tak puas pulak 🤣 gaya dia kalah diva,”
Macam-macam ya sekarang, binatang pun boleh acah-acah diva.
Baca Juga: Hanya sebab tak mahu makan dan terberak atas tilam, kanak-kanak 4 tahun jadi mangsa dera
Baca Juga: Piala AFC: Khalid harap KL City raih kemenangan malam ini