Seperti yang kita tahu, memiliki anak kecil atau kanak-kanak sudah pastinya mampu menceriakan dan memeriahkan lagi suasana, tidak kira di dalam atau luar rumah.
Setiap hari ada sahaja telatah dan gelagat mereka ini yang menghiburkan kita semua.
Bukan saja mulut mereka yang banyak bercakap itu ini, malah sikap mereka juga boleh membuatkan kita terhibur.
Baru-baru ini, menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @nanabteabah, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang berada di dalam bilik air selepas ibunya menyuruhnya mandi.
Apa yang mencuri perhatian netizen adalah gelagat kanak-kanak itu, yang merajuk sambil keluar dari bilik air walaupun telah berkali-kali dipujuk ibunya.
“Period ke makcik ,” tulis @nanabteabah di ruangan kapsyen video.
Malah, netizen juga geram dengan gelagat si comel itu.
“Eee geram je muncung tu haha!
“Setelah tengok dp mak dia, mmg anak ikut muncung mak dia, alaaaa comel.
“Dik! acik nk pinjam muncung..mahal muncung tu hehe!
Itu antara komen-komen yang ditinggalkan netizen selepas melihat video berkenaan.
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat 152.4k tontonan dan 19.5k tanda suka.
Baca Juga: Sayangnya, kereta ‘kayangan’ ini masih baharu, tapi dah terlibat kemalangan
Baca Juga: Bas bergerak perlahan masuk ke longkang lepas bunyi meletup, 17 penuntut UPSI cedera