Kanak-kanak OKU termakan dadah sudah pulih selepas sebulan dirawat

Kanak-kanak OKU termakan dadah sudah pulih selepas sebulan dirawat. Budak lelaki tersebut dikatakan termakan dadah yang ditinggal dalam kereta pakciknya hingga dikejarkan ke hospital selepas ibunya menyedari kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan lemah dan muka bertukar biru.

Ibu kepada kanak-kanak itu, Rohaya Hassan, 36, berkata, dia bersyukur dan gembira selepas melihat anaknya sudah pulih dan kembali aktif bermain dengan adik beradik yang lain lapor UTUSAN.

Menurutnya, sejak kejadian tersebut dia tidak lagi meninggalkan anak bongsunya itu dan selalu membawanya setiap kali mahu keluar dari rumah.

“Lebih seminggu anak saya dibenarkan pulang ke rumah dan alhamdulillah keadaannya semakin pulih,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Rohaya memberitahu, anaknya itu sudah mampu bergerak seperti biasa namun belum dapat berjalan sebagaimana kanak-kanak normal yang lain.

“Lebih menggembirakan lagi, anak saya sudah mampu makan seperti biasa sejak tiub di hidungnya untuk membekalkan susu ditanggalkan.

“Saya hanya bersyukur kerana anak makin bertambah sihat dan dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama-sama di rumah baru-baru ini,” jelasnya.

Baca Juga: Beza umur 33 tahun bukan penghalang, anak murid nikahi guru sendiri

Baca Juga: Budak 4 tahun kritikal dadah: Doktor ini dedah sebab perlu ‘direhatkan’