Seorang kanak-kanak perempuan berusia 20 bulan maut selepas terkena hujan batu ketika ribut kuat di timur laut Sepanyol, kata pegawai tempatan pada Rabu lalu.”
“Batu ais itu jatuh ke atas kepalanya dan dia tidak terselamat,” kata Carme Vall, seorang ahli majlis bandar di bandar Catalan La Bisbal de l’Emporda, memberitahu radio RAC1.
“Hujan batu hanya turun selama 10 minit, tetapi ia adalah 10 minit yang penuh ketakutan,” katanya sambil menambah hujan batu yang jatuh di kawasan itu adalah sehingga 11 sentimeter (empat inci) lebar.
“Hanya hujan batu yang turun, hampir tidak ada hujan.”
Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Josep Trueta di bandar berdekatan Girona tetapi meninggal dunia semalaman akibat kecederaannya, kata hospital itu dalam satu kenyataan.
Pejabat cuaca Catalonia berkata hujan batu yang turun di kawasan berhampiran sempadan Sepanyol dengan Perancis adalah yang terbesar dalam tempoh 20 tahun.
Imej yang disiarkan di televisyen Sepanyol menunjukkan beberapa kereta dengan cermin depan pecah atau kemek di bumbungnya akibat hujan batu.
Tingkap kaca berwarna gereja di bandar itu turut dipecahkan oleh kesan hujan batu, gambar yang dikeluarkan oleh dewan bandaran menunjukkan.-AFP
Baca Juga: Selepas 11 tahun, penduduk terjejas akibat kemusnahan loji tenaga nuklear dibenar pulang
Baca Juga: MAIWP bongkar sisi gelap pemohon zakat, dapat aduan sedang susah tapi tinggal di kondo mewah