“Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?” Kali ini Ifa Raziah ditegur pula ustaz Pas

Seorang pemimpin Pas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani tampil menegur tindakan selebriti Ifa Raziah selepas aksi bergeleknya di majlis akikah baru-baru ini yang menimbulkan rasa kurang senang.

Ifa Raziah atau nama sebenar Saripah Raziah Mustaph, ada menjelaskan bahawa dia berbuat demikian selepas usai majlis akikah dan dibayar RM20,000 untuk membuat persembahan.

Dalam siaran langsung di Instagram pula, Ifa Raziah ada membidas netizen dan mengatakan jika mahu melihatnya bergelek, perlu bayar dahulu kerana selama ini dia bergelek dan membuat persembahan semuanya dibayar dan tiada yang percuma.

Susulan itu, Ustaz Ahmad Dusuki tampil menegur bahawa tidak semua hal yang boleh buat duit, boleh menjadi keuntungan bagi kehidupan seseorang.

Apatah lagi dibimbangi jika duit yang masuk itu akan membawa kepada kecelakaan di masa depan nanti.

Beliau juga sempat mengkritk pedas kepada Ifa Raziah dan mengatakan “Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?”

“Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan ke mana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.

“Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini…

“Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?”… bangganya kau!!” tegurnya.

Baca juga: Anak dituduh rampas suami orang, Azhar Sulaiman anggap ini taktik baru scammer