Ibu mana sahaja yang tidak sebak apabila anaknya yang autisme menangis mahukan sesuatu yang susah untuk dipenuhi. Namun begitulah ketabahan pelakon Zarina Zainuddin yang menjaga dua anak kembar yang menghidap autisme.
Anaknya, Muhammad Razil Azrai (Azil) dikatakan mengamuk selepas gagal menunggu kehadiran kembarnya Azal untuk makan bersama sehingga menyebabkan dia memukul diri sendiri.
“Cerita malam tadi lepas balik acara, saya terus masak dan hidangkan untuk Azil tapi Azil tak mahu makan kerana menunggu Azal.”
Azal dikatakan menjaga booth karnival Syok Weh di Stadium Malawati Shah Alam manakala Zarina dan Azil ke dataran merdeka.
“Jadi masa saya balik, Azal masih tidak lagi sampai,” Zarina memaklumkan Azil memukul dirinya hampir dua jam sementara menunggu Azal balik.
Zarina mengaku tidak dapat membendung air matanya apabila melihat anaknya yang Autisme memukul diri sendiri dan akhirnya Azal dikatakan makan juga lepas pasrah dan reda menantikan kepulangan Azal yang tak kunjung tiba.
“Kalau saya dengan Azal tak ada, dia boleh terima tapi bila saya ada dan kembarnya tiada menyebabkan dia tidak boleh menerima keadaan tersebut.
Zarina turut menitipkan kata semangat buat ibu bapa yang ada anak menghidap Autisme untuk banyakkan bersabar dalam menjaga anak syurga ini.
“Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Allah maha penyembuh segalanya setiap kekurangan ada kelebihan ada hikmah dalam setiap ujian Allah.”
Perkongsian di Instagram miliknya itu mendapat perhatian ramai yang memuji kesabaran Zarina dan menyatakan dia adalah insan yang hebat dan terpilih.
Baca Juga: Lepas menang kes fitnah bekas isteri, Johnny Depp dilamun cinta dengan peguam sendiri
Baca Juga: Kes 1MDB: Pengurus bank beritahu mahkamah RM90.9 juta masuk ke akaun peribadi Najib