Kerajaan negeri Kedah dakwa tak mohon permit, penganjur kata pihak berwajib dah lulus

Kenyataan kerajaan negeri Kedah berhubung penganjuran Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) yang turut menampilkan model tayang dada tersembul dilihat bercanggah dengan respon pihak penganjur.

Malam tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman menerusi kenyataannya berkata, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fashion Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Walau bagaimanapun, Aman Central dalam kenyataan rasminya pagi ini memaklumkan pihaknya telah mendapatkan kesemua kelulusan oleh pihak berwajib sebelum program itu berlangsung.

Dalam masa sama, pusat beli-belah itu memohon maaf atas kejadian yang telah menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan menegaskan gambar individu hijau tayang dada tanpa memakai bra itu tidak mencerminkan kod etika pemakaian yang ditetapkan pihak penganjur.

Baca juga Tampilkan model dengan pakaian menjolok mata, penganjur Kedah Fashion Show tak mohon permit rupanya

Baca juga Program 3 hari tiada permit, PBT buta ke? Kerajaan Kedah dikecam gara-gara ‘terlepas’ fesyen tayang dada tersembul