Kes tekup kek di muka, hanya ‘content’ semata

Baru-baru ini tular video seorang lelaki yang menekup kek di muka seorang wanita ketika berada di taman rekreasi hingga menyebabkan kemarahan orang ramai.

Lelaki yang juga ‘content creator’ itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf kepada semua yang terkesan dengan video tersebut.

Daing Iskandar Mohd Tahir menjelaslan video prank tersebut hanyalah untuk melihat reaksi orang awam ketika berhadapan dengan situasi tersebut.

“Saya mengambil tanggungjawab penuh di atas baik dan buruk terhasil daripada hantaran video itu.

“Saya ambil iktibar atas kekhilafan ini dan memohon kepada semua pihak agar tidak meniru aksi ‘prank’ seperti itu,” katanya.

Guna ibu angkat sebagai pelakon

Wanita yang ditekup muka itu bukanlah dipilih secara rawak, tapi mangsa itu adalah ibu angkat ya sendiri.

“Pada masa sama, sebenarnya kita bukan nak ‘prank’ Mak ni, tetapi orang yang berada di sekeliling. Mak terkejut sebab tiada yang ambil peduli,” katanya.

Demi menjayakan projek untuk beri kesedaran kepada orang ramai, wanita tersebut menggalas tanggungjawab sebagai pelakon.

“Saya diberi tugas melakonkan watak sebagai ibu membawa anak Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mana saya dikenakan ‘prank’ menggunakan kek.

“Saya berharap dengan pengakuan ini akan menjernihkan keadaan. Saya minta maaf sekiranya lakonan atau `prank’ itu mengguris hati rakyat Malaysia dan berharap kamu semua maafkan kami. Insya-Allah kami tidak akan lakukan lagi,” jelasnya.

Wanita itu Juga memohon maaf dan meminta orang ramai untuk berhenti mengecam anak angkat ya. Malah dia sendiri merasa takut dengan kuasa viral ini dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Baca Juga: Didakwa terima ugutan bunuh – Wartawan pro LGBTQ mati di Qatar

Baca Juga: Nurul Izzah jangan sedih ya..