Pastinya setiap anak akan merasa risau apabila ibu atau bapa dimasukkan kedalam Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana pastinya masalah kesihatan di tahap membimbangkan. Penyanyi, Khair Bahar mohon peminat dan orang ramai mendoakan ibunya yang sudah dimasukkan ke ICU sejak Rabu lalu.
“Mohon doakan ibu saya,” demikian hantaran ringkas Khai Bahar meminta doa orang ramai buat ibunya, Rosnah Muhammad, 61, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kegagalan fungsi buah pinggang sejak minggu lalu.
Khai memaklumkan ibunya masih belum sedarkan diri dan memerlukan pemantauan rapi hingga ke saat ini lapor Kosmo.
“Mak masih di ICU sejak Rabu lagi. Dia belum sedarkan diri. Mak memang ada masalah buah pinggang sudah lama, tapi dia tidak buat dialisis.
“Mak jenis yang takut nak ke hospital, cuma baru-baru ini keadaannya teruk dan itu yang terus bawa ke hospital. Ini kali pertama mak dimasukkan ke hospital,” katanya.
Ibu perlu jalani rawatan dialisis
Doktor memaklumkan ibunya perlu menjalani rawatan dialisis hingga keadaan kembali stabil.
“Saya dan adik-beradik lain dimaklumkan doktor yang mak kena buat dialisis hingga dia stabil dan sedarkan diri.
“Buat masa sekarang mak di ICU, jadi tidak ada sesiapa yang boleh teman. Namun, kami bergilir-gilir tunggu di hospital sebab senang untuk dapatkan apa-apa maklumat terkini daripada doktor yang merawat.
“Nanti kalau mak dah mula buat dialisis baru kami boleh teman dan jaga. Sepanjang minggu ini, saya tangguhkan dulu semua kerja,” katanya.
Baca Juga: Nama digugurkan daripada drama swasta, ibu bimbang kerjaya Puteri Balqis terjejas
Baca Juga: “Mari berhealthy Malaysia” – Cikgu Vin nasihat jangan jadi perosak bahasa kebangsaan