‘Kilang Khairul Aming di Kota Bharu, ‘seriously’ nak tahu macam mana dia dapat air bersih?’

Timbul persoalan macam mana Khairul Aming yang membina kilang di Kota Bharu boleh mendapat bekalan air bersih yang tidak keruh dan berkarat.

Pertanyaan itu dikemukakan oleh seorang peguam sensasi Asiah Abd Jalil di Facebooknya.

“Saya dapat tau kilang Khairul Aming di Kota Bharu.

“Saya tertanya-tanya, macam mana kilang dia dapat air yang bersih, tidak keruh dan tidak berkarat.

“Seriously saya nak tau,” soal beliau.

Bagaimanapun beliau berkata adalah tidak mustahil sekirannya Khairul Aming menggunakan penapis air berketumpatan tinggi.

Katanya, jika lebih banyak kilang dibuka di Kelantan, mungkin keperluan industri akan mendesak dan mendorong agar Kerajaan Negeri baiki sistem perkhidmatan air di Kelantan.

“Saya duduk di Kelantan dari tahun 1996 sampai 2002. Air kat Kelantan tak pernah jernih. Even sampai sekarang, sesekali saya ke Kelantan, macam tu juga airnya.

“Tak lama lagi Ramadhan. Lepas tu Aidilfitri.

“Seriau bila fikir orang Kelantan yang tinggal di luar, pakat balik kampung beramai-ramai. Tapi air kat paip tak keluar-keluar.

“Atau kalau keluar pun, keluar air teh,” kata beliau.

Baca juga: Tak payahlah nak pertikai isu pengampunan Najib, banyak jasa beliau kepada negara-PM