Jangan lupa, kualiti jalan raya di Malaysia antara 21 terbaik kalahkan negara luar yang lebih maju

Jangan terkejut! Kualiti jalan raya di Malaysia didapati antara 21 yang terbaik di dunia, lapor indeks antarabangsa, The Global Economy.

Menurut data pada 2019 yang tular kembali, kualiti jalan di Malaysia berada di kedudukan ke-21 di dunia, bahkan jauh lebih baik berbanding banyak negara maju.

tahap jalan raya negara ini adalah antara terbaik iaitu 5.3 mata daripada julat keseluruhan tujuh mata.

Malaysia mendapat markah 5.3. Markah dibaca bermula 1 (rendah) hingga 7 (paling tinggi).

Kualiti jalan di Malaysia juga setanding dengan negara seperti Finland, German dan Sweden yang masing-masing turut mendapat mata sama iaitu 5.3.

Singapura muncul di kedudukan pertama di dunia yang mempunyai jalan berkualiti di dunia iaitu 6.5 mata diikuti Belanda, Switzerland, Hong Kong, Jepun, Austria, Portugal, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan dan Oman.

Sebaliknya, jalan di Chad meraih posisi terburuk di dunia iaitu 1.9 mata disusuli Mauritania, Madagascar, Yaman, Haiti, Kongo, Angola, Mozambique, Guatemala, Cameroon dan Nigeria.

Menurut portal itu, tahap jalan di Malaysia pula adalah lebih baik berbanding Sweden (ke-23), Kanada (ke-31), Australia (ke-33), Britain (ke-37), New Zealand (ke-48) dan Rusia (ke-99).

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia di posisi kedua selepas Singapura serta di atas Brunei (ke-30), Thailand (ke-56), Indonesia (ke-59), Laos (ke-86), Filipina (ke-87) dan Vietnam (ke-104).

Bagaimanapun, perangkaan terbaharu untuk tahun 2020 dan 2021 belum pun lagi diterbitkan.

Kedudukan tangga ke-21 yang diraih negara ini sebetulnya agak sederhana kerana kualiti jalan raya di Malaysia pernah mencapai situasi paling baik pada 2007 iaitu tempat ke-14.

Baca juga: Akak jual air buah dah insaf, sekarang duduk dekat dapur je

Baca juga: Sajat tanya macam mana nak senang mengandung, netizen balas “period teratur tak bang”