Lelaki kongsi cara basuh langsir yang betul, nampak baru dan tak rosak

Lelaki kongsi cara basuh langsir yang betul, nampak baru dan tak rosak. Rakyat Malaysia pastinya panik apabila di umumkan raya sehari lebih awal, pastinya masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan.

Jika tidak sempat membasuh langsir sebelum raya, jangan risau! Ini antara beberapa tips yang dikongsikan MASKULIN cara basuh langsir yang betul.

KITARAN SESUAI

Pilih kitaran atau mode cucian yang sesuai. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan fabrik lembut, maka pilihlah sistem itu.

Manakala, jika sebaliknya pilihlah penggunaan kitaran cool wash atay slow spin.

PENCUCI FABRIK

Untuk pencuci fabrik, cukup sekadar anda gunakan sebagai dua penutup botol sahaja.

Boleh guna pencuci fabrik harian yang selalu anda gunakan.

KOTORAN DEGIL

Jika langsir anda ada kotoran degil, maka selebih lakukan cucian pastikan anda lakukan rendaman dahulu.

Rendam sahaja di dalam mesin basuh kira-kira 15 hingga 30 minit dengan menggunakan sebatian baking soda dan cuka putih.

Selesai rendam, bilaskan dengan air dan mulakan cucian.

MUDAH RENYUK

Jika langsir anda dari kain mudah renyuk, elakkan mencucinya dengan menggunakan mesin basuh.

Lakukan sahaja dengan cucian tangan agar ia tidak terlalu merenyuk.

HARUMAN FABRIK

Bagi mengekalkan langsir sentiasa nampak cantik dan bebas bau kurang menyenangkan anda boleh guna mesin hampagas atau berus lembut untuk hilangkan kotoran dan habuk.

Selain itu boleh lakukan semburan haruman fabrik untuk bau lebih wangi.

Salamat mencuba!

Baca Juga: Lima cara halau lipan masuk bilik air

Baca Juga: Bahaya ‘micro sleep’ masa memandu, segera berhenti di RnR jika terasa simptom ini