Lelaki nekad ‘modified’ 35 motor RXZ jadi pagar rumah, tapi lain pulak yang netizen komen

Bagi peminat motosikal RX-Z, harga sebuah jentera roda dua tersebut kadang-kadang tidak masuk dek akal.

Mana tidaknya, harganya boleh mencecah kira-kira RM70,000 jika tertumpu kepada model tertentu.

Boleh dikatakan motosikal RX-Z mampu menandingi motosikal berkuasa tinggi, menjadi salah satu legenda dalam kalangan penggemar mat motor sejak pengeluaran varian tersebut dihentikan pada tahun 2008.

Selain dapat mencapai kelajuan hingga 180 kilometer per jam, RX-Z juga sangat membanggakan pemiliknya dengan reka bentuknya yang klasik dengan enjin berkapasiti 135CC.

Lain pula kisahnya di Thailand, di mana bukan hanya satu tetapi sebanyak 35 motosikal RX-Z digunakan sebagai pagar rumah.

Ya, itulah hobi yang dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Than! Ramai yang tidak dapat mempercayai, terutama ketika rumahnya kembali menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Barangkali kena dengan suasana raya, ramai yang terpesona dengan reka bentuk pagar rumah tersebut sehingga menjadi perbualan hangat di kalangan mereka yang melintas di kawasan tersebut.

Perkongsian Jenterakita di Instagram, pemilik rumah yang terletak di Chonburi, Thailand itu merupakan peminat tegar model motosikal berkenaan.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian video pendek tersebut memberitahu bahawa nilai pasaran untuk model RX-Z hanya sekitar RM3,000 di Thailand, berbanding dengan di Malaysia yang boleh mencapai sehingga RM100,000.

Rata-rata komen netizen turut menyatakan mereka juga terkesima dengan kekayaan lelaki tersebut.

“Ini baru betul tidak diperhambakan dengan benda yang tak hidup , respect gila owner.”

“Baiki cantik jual kat Malaysia lah.. Buat rem-remm😂.”

“Dia sangup buang duit buat semua ni sebab dia sangat-sangat meminati motor RX-Z…hobi yang tegar ni tapi ramai salah anggap dia perlekehkan RX-Z pula.”

“Motor rare ni. Abang aku ada sebiji ramai yang nak beli, last offer hari itu RM25,000… tapi abang aku tak jual, sebab sayang motor nyamuk ni kenangan amik aku balik sekolah naik motor ni, member-member semua tengok 😂😂😂 .”

Baca juga: “Sebabkan satu peristiwa hitam tu, mak ayah tergamak berhentikan aku sekolah semata mata sebab malu”