“Macam ada unsur sabotaj”, netizen berang tiket ‘flight’ naik mendadak lepas satu jam tarikh PRU diumum

Rakyat Malaysia dengan semangat berkobar mula mencari tiket penerbangan untuk pulang mengundi namun harga yang mula naik mendadak sehingga dua kali ganda menyebabkan kemarahan mula timbul.

Harga dikatakan naik susulan pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum ke 15.

Menerusi pemerhatian di Twitter, rata-rata pengundi mendakwa harga tiket penerbangan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung naik mendadak sebaik sahaja tarikh PRU15 diumumkan hari ini.

Seorang pengguna Twitter berkongsi harga tiket yang terlalu mahal hingga dia mungkin terlepas peluang mengundi kerana tidak mampu membayar tiket penerbangan tersebut.

Seorang lagi wanita menunjukkan perbezaan harga hanya selepas beberapa jam tarikh PRU diumum, di mana jelas terlihat kenaikan tambang tiket daripada RM487 melonjak sehingga hampir cecah RM1,000.

Rata-rata menyuarakan kenaikkan harga tiket mungkin adalah satu strategi agar pengundi memilih untuk tidak balik mengundi.

Kebanyakan rakyat mengharapkan diskaun dan pengurangan tambang sempena PRU yang hanya berlaku sekali dalam 4 ke 5 tahun. Jadi apalah sangat rendahkan harga agar semua berpeluang untuk memilih kerajaan.

Antara komen warganet

Baca Juga: Bukan setakat turap jalan je, inilah masa yang paling sesuai untuk ‘bodek’ calon-calon YB

Baca Juga: 21 juta rakyat dijangka turun mengundi, inilah masa untuk pilih kerajaan baru