Macam-macam perangai, pelajar SPM konvoi balik sekolah sampai kena kejar polis

Macam-macam perangai pelajar SPM tahun ini. Muda remaja, darah pun tengah panas, memang banyaklah perkara yang mereka mahu lakukan. Kebiasaannya apabila selesai sahaja kertas terakhir SPM, kita memang akan meraikannya dengan pelbagai aktiviti.

Jika dahulu, pelajar akan menconteng baju sekolah mereka dengan nama rakan-rakan sebagai kenang-kenangan hari terakhir sekolah. Tahun ini pula lain sikit ceritanya.

Di TikTok, tular satu video yang dikongsikan seorang netizen @akubudkkluang yang memaparkan aksi sekumpulan pelajar lepasan SPM berkonvoi beramai-ramai selepas habis peperiksaan.

Apa yang kelakar, konvoi mereka itu sempat dikejar sebuah kereta polis sehingga mengundang netizen untuk membahan pelajar-pelajar yang bikin suasana riuh rendah.

Video itu menarik perhatian ramai netizen dan setakat ini video tersebut telah mendapat lebih 130K tontonan serta lebih 200 komen.

https://www.tiktok.com/@akubudakkluang/video/7074965534617455899

Kan dah kena hambat

Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut geli hati dengan aksi pelajar-pelajar SPM ini dan tak kurang juga menambah sebenarnya abang-abang polis yang mengejar itu sengaja mahu menyakat.

“Abang polis tu ikut je. Sambil tu co-pilot sebelah catit nombor plate. nanti seminggu dua lagi sampai ler surat,” kata pengguna Aisy.

“Untung kau dik habis exam polis escort,” tulis Money heist.

“Sebenarnya abang polis saja nyakat. Tahu lah merdeka,” kata pengguna lain.

“Abang polis pun kuat noh menyakat bebudak lepas SPM ni,” kata pengguna lain lagi.