Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kagum dengan hasil keluaran kereta elektrik ‘Polestar 2’ yang diusahakan oleh Geely, rakan usahasama PROTON.
Beliau telah dibawa untuk melihat-lihat perincian di dalam kenderaan tersebut yang diperkenalkan oleh DRB-Hicom.
Difahamkan, dengan sekali cas sahaja ianya boleh capai sehingga 400KM di mana sekali cas mencukupi untuk guna kereta ini seperti biasa. Bagi cas semula pula hanya perlu kurang dari 2 jam untuk dapat 100 peratus bekalan penuh.
“Jika cas gunakan kuasa elektrik di rumah, ianya mengambil masa selama kurang lebih 7 jam. Tetapi sekarang ini tidak susah kerana sudah terdapat lebih 1000 stesyen di seluruh negara, tidak timbul masalah untuk mengecas kenderaan di mana sahaja.
“Di kebanyakan negara kerajaan memberi insentif kepada pembeli kereta letrik. Saya dapati di masa hadapan kenderaan sebegini menjadi pilihan kerana kurang pencemaran,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Pagi tadi DRB-Hicom telah perkenalkan sebuah kereta elektrik ‘Polestar 2’ kepada saya. Ini adalah sebuah kereta yang diusahakan oleh Geely, rakan usahama PROTON. pic.twitter.com/7oJtOXTMXo
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) December 9, 2022
Bagaimanapun Mahathir mengingatkan, walaupun kereta elektrik tidak mencemarkan udara, namun bekalan elektrik yang datang dari stesen jana kuasa sebenarnya mampu menyumbang kepada pencemaran.
Pada pandangan beliau dari segi rekabentuk, kereta ini amat canggih. Bahkan kereta ini tiada tempat simpan enjin yang besar, sebaliknya ia dijadikan tempat penyimpan barang.
“Ciri-ciri reka bentuk dalaman juga kemas dan futuristik, di mana segala kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan sentuhan ’tablet’. Sudah tidak ada lagi suis atau tombol di dashboard seperti kereta biasa.
“Saya harap pihak PROTON dapat majukan projek sebegini supaya satu masa nanti PROTON juga dapat keluarkan kereta elektrik tersendiri,” katanya lagi.
Baca juga: Lelaki disangka mati, disimpan dalam bilik mayat sebelum meninggal dunia
Baca juga: Isu RM600 bilion: SPRM fokus siasatan pada dana RM92.5 bilion, lagi RM430 bilion bukan wang kerajaan