Mahu kenalpasti individu terlibat ajaran sesat, JAIS akan jalankan siasatan

Ajaran sesat dalam diam sudah makin mencabah di negara ini apatah lagi ajaran sesat itu dikatakan sedang tersebar di negeri Selangor yang jika tidak dibendung akan merosakkan umat Islam.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mahu mengenalpasti individu yang terlibat dengan sebaran ajaran sesat Hadi Minallah di negeri Selangor dan memastikan sejauh mana penglibatan mereka dalam hal ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd.Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengakui terdapat pergerakan keluar masuk ke dalam negara oleh dua hingga lebih individu yang terlibat itu.

“Buat masa ini kita perhatikan sejauh mana penglibatan mereka dalam perkara (penyebaran ajaran sesat tersebut) ini.

“Malah, setiap maklumat tentang ajaran sesat tersebut sedang disahkan bagi memastikan kes tersebut menang di mahkamah,” katanya kepada Kosmo.

Baca Juga: 42 ajaran sesat dikesan di Johor dalam tempoh 21 tahun

Baca Juga: Individu cerita pengalaman dijerat jadi scammer, dibayar RM4,500 jika setiap seorang rakyat Malaysia tertipu