Majikan tak bayar gaji sampai RM5,000, warga pakistan ditahan curi motosikal sebab tak puas hati

Kalau dah tahu tak mampu nak gajikan pekerja, janganlah aniaya orang. Seorang warga Pakistan bertindak mencuri motosikal milik majikan apabila tidak mendapat gaji yang sepatutnya pada Mei lalu.

Umar Farook, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin dan kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan. Dia didakwa dengan niat curang mencuri motosikal Honda FS 150 bernilai RM8,000 kepunyaan Mohd Zamri Sahari, 34.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun sehingga tujuh tahun dan denda lapor Utusan.

Tertuduh dikatakan melakukan perbuatan itu selepas majikannya tidak membayar gaji sebanyak RM5,000 membabitkan kerja-kerja membuat rumah namun berjaya ditahan sepasukan polis dalam sekatan jalan raya di Bentong, Pahang pada 16 Julai 2022.

Harap ringankan hukuman, perlu sara ibu uzur

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya diringankan dengan alasan hanya bekerja sebagai buruh, selain perlu menyara ibunya yang uzur di Pakistan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sherina Farhana Nor Sa’ari memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan bermula dari tarikh ditangkap.

Harapnya majikan tersebut tetap membayar gaji walaupun lelaki tersebut bersalah kerana mencuri, dia sudah melakukan kerja jadi bayarlah titik peluh tertuduh.

Baca Juga: Konon mahu bergurau dengan rakan, remaja sedang tidur maut dalam kebakaran

Baca Juga: Jemaah masjid lambung bayi agar besar nanti jadi wali, silap-silap otak bayi bergegar, boleh mati