“Mak bapa sibuk beratur nak makan sukiya, ingat saya ni pengasuh ke” – Wanita kongsi kerenah ibu bapa di pusat beli-belah

Seorang wanita yang bekerja sebagai promoter di kedai menjual telefon pintar meluahkan rasa kecewa dengan tindakan ibu bapa yang membiarkan anak mereka merayap tanpa pengawasan hingga menyebabkan kekecohan di kedai lain.

Sebelum ini terdapat kes anak tersepit kaki di tangga bergerak belum lagi perangai pelik yang dilakukan di kedai tempat wanita tersebut bekerja.

Wanita tersebut membalas komen seorang pengguna media sosial yang bertanya sama ada dia sudah berkahwin atau belum kerana dia memuat naik video menasihati ibu bapa untuk menjaga anaknya ketika sedang beratur untuk masuk kedai makan.

Memanglah anak-anak bermain itu tidak salah, mereka masih diumur yang aktif namun sebagai ibu bapa perlulah memantau sama ada anak anda menganggu orang lain ataupun tidak.

Sebelum ini terdapat kes di kedai tersebut anak pengjung pusat beli-belah terkoyak kepala kerana melanggar bucu selepas asyik berlari di dalam kedai tersebut. Ini belum termasuk kana-kanak yang mencabut telefon sehingga jatuh di lantai.

“Ada juga yang menjilat tiang disini, tiang tersebut kotor masih biarkan anak menjilat”.

Ramai yang menyatakan yang pekerja tersebut belum mempunyai anak sebab itu boleh cakap tanpa berfikir sedangkan pekerja tersebut tidak dibayar untuk mengasuh anak pelanggan apatah lagi yang bukan pelanggan.

“Bukan masalah kahwin atau tidak, ini adalah pengetahuan umum.

“Ingat pekerja kedai pengasuh ke nak pantau anak anda sepanjang masa.”

 

https://www.tiktok.com/@ahnunit_/video/7134317670274518298

Netizen setuju dengan tindakan wanita tersebut

“Samalah! Anak kecil customer asyik berlari nak naik escalator, mak bapa dia boleh buat tak kisah. Kau yang kerja ni yang menggelabah kejar.”komen Sherry

“Saya setuju dengan cara awak, nanti parent bukan salahkan anak,” komen Nieynaa

“Saya dah kahwin tapi saya setuju dengan statement awak. Awak sangat-sangat prihatin sebenarnya, good job adik,” komen Mj

Ibu bapa hanya fikirkan perut sendiri, asalkan tak hilang nyawa anak. Jagalah anak anda, jangan hanya sebab ada ramai memerhati anda fikir anak anda akan selamat. Fikirkanlah juga orang lain yang sedang bekerja.

Baca Juga: Ingat duit je kena scam, roti pun boleh scam juga

Baca Juga: “3 hari licin RM519,000!”- Isteri halau suami lepas dapat tahu wang KWSP diguna untuk berjudi