Mak didik jangan kurang ajar, Reen Rahim tak mahu panjangkan isu

Hampir pengsan dicekik kemudian dituduh pula keterlaluan dalam melakonkan sebuah babak, Reen Rahim buat keputusan untuk maafkan pelakon lelaki selepas terpalit kontroversi. Sudah di ajar untuk tak kurang ajar dari kecil, Reen pilih ikut cakap mak.

Tidak mahu memanjangkan insiden yang dianggap hanya perkara kecil, Reen tetap menerkun pengambaraan seperti biasa.

“Sebenarnya, ramai yang terkejut apabila mendengar dakwaan Reen Rahim mengamuk. Saya bukan baru dalam industri seni. Saya pernah berlakon dengan ramai pelakon senior dan junior. Tidak pernah ada masalah.

“Emak saya pun ajar, jangan biadab. Saya anggap itu hanya perkara biasa. Saya tetap teruskan penggambaran walaupun berdepan insiden tersebut. Saya sudah maafkan dan tidak ambil hati pun,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Daddyku Gangster itu mencetuskan kontroversi apabila dia mendakwa dikasari oleh seorang pelakon ketika melakonkan babak pergaduhan untuk sebuah drama baru-baru ini lapor Utusan.

Dalam pada itu, Reen akan tetap bersikap profesional dan terbuka sekiranya digandingkan semula dengan pelakon lelaki tersebut.

“Tidak ada masalah pun. Kalau jumpa nanti, saya akan cium tangan dia. Profesional sahaja. Macam saya cakap, saya bukan baru dalam industri,” katanya.

Baca Juga: Ambil ubat kemurungan dan ubat tidur, Puteri Balqis hanya reviu produk sesuai dengan umur

Baca Juga: Tular dakwaan telur disorok sebelum PRU15, ini jawapan KPDNHEP