“Mak mentua bagi macam macam petua merepek untuk anak jadi putih, aku nekad lari sebab tak tahan kena maki”

Berpantang adalah dimana wanita menjalani tempoh berehat dari segala rutin kebiasaan yang dibuat selepas melahirkan anak tidak kira secara normal mahupun pembedahan.

Tempoh berpantang juga dilihat sebagai cara untuk mengembalikan tenaga dan mengeluarkan angin dari dalam badan wanita selepas 9 bulan mengandung.

Justeru, wajarlah wanita-wanita yang bakal melahirkan anak memilih tempat yang bersesuaian untuk menjalani tempoh berpantang tanpa ada sebarang masalah.

Selalunya wanita akan lebih memilih berpantang di rumah keluarga sendiri disebabkan dapat menjaga aurat dan juga dijaga oleh ahli keluarga sendiri.

Ini cerita sebenar aku. Aku ni introvert. Masih muda. Alhamdullilah ditakdirkan aku berjodoh dengan seseorang yang aku sudah lama aku kenal. Kami berkahwin pada usia yang sangat muda. 19 tahun.

Pecah rekod dalam keluarga besar aku, aku yang paling awal kahwin. Nampak bahagia tapi hati aku teringin rasa kasih sayang seorang ibu mertua. Aku tiada mak. Mak aku dah lama meninggal dunia dari aku kecil. Kami berdua berkahwin dan alhamdullilah aku bunting pelamin.

Kami cuba beritahu mak mertua yang aku sedang hamil baru beberapa minggu. Tapi? Respon mak mertua, “yelah tu kot kot tak pun”. Waktu tu mak mertua tengah jaga kakak ipar yang baru lepas bersalin. Aku hanya mampu tersenyum. Takpelah mak.

Bila sem4kin lama dia tengok perut aku membesar, baru dia percaya. Macam macam petua merepek dia suruh aku buat supaya anak aku tu nanti gebus gebas macam anak kakak ipar aku tu. Ikutlah mak. Bila waktu nak bersalin, mak mertua suruh aku berpantang dengannya.

Dia dah rancang ye nanti aku bersalin aku kena makan ikan masin sebulan. Dia suruh dengan dia. Aku tak nak sebab aku nak duduk rumah ayah aku. By the way, aku masih ada ayah dan dua adik. Ayah aku teringin nak jaga aku dalam pantang.

Aku pun decide untuk berpantang dengan ayah aku dan panggil confinement lady datang rumah untuk sebulan. Ayah aku jaga aku memang tiptop, A+. Setiap hari ayah aku masakkan untuk aku makanan yang sedap sedap.

Mak mertua aku marah. Dari dia tahu aku mengandung tu ada je dia buat untuk s4kitkan hati aku. Dia post gambar cucu cucunya yang lain sahaja. (Mak mertua aku ada 4 orang cucu. 3 lelaki dan last sekali perempuan).

Sejak ada anak aku, mana pernah dia post gambar anak aku. Mana pernah dia belikan mainan atau baju untuk anak aku. Cucu yang lain dia sungguh belikan macam macam. Paling aku sedih, dia siap jahitkan baju untuk cucu yang lain.

Dia buat anak aku ni macam orang luar. Aku cakap takpe, aku mampu belikan untuk anak aku. Bila aku belikan macam macam untuk anak aku, dik4takan manja sangat budak tu. Pernah sekali tu, kakak ipar suruh kami berdua hantar anak ke rumah mak mertua.

Biar mak mertua jaga. Btw, Ayah mertua dah lama meninggal. Dia siap cakap hujung minggu baru pergi jenguk anak tu.. aku sedih.. tapi aku tak ikut sebab aku rasa tak ada siapa pun boleh pisahkan aku dan anak aku kecuali ajal.

Pada suatu hari, aku duduk dekat rumah cuti. Suami aku pula ke kerja. Dia tertinggal phone dan aku baca semua message antara dia dengan kakak dia, aku terduduk. Banyak yang kakak dia mengata pasal ayah aku. Macam-macam m4kian dia kata ke ayah aku.

Hanya kerana dia marah aku tak berpantang dengan maknya. Aku menangis sekuat hati. Luluh ye hati aku ni. Kau boleh cakap macam macam pasal ayah aku sedangkan aku ni tak pernah cakap buruk pasal mak dia.

Ye aku tahu mak mertua aku duduk di rumah kadang-kadang sendirian kadang -kadang ada adik ipar. Tapi aku ada sebab kenapa aku nak berpantang dengan ayah aku. Aku selesa. Rumah mak mertua aku tu ada dua adik ipar lelaki dan abang ipar lelaki. Jadi aku tak selesa.

Aku hire confinement lady sebulan dik4ta aku habiskan duit laki aku. Sedangkan aku guna duit aku. Bahkan, barang keperluan rumah pun aku tolong laki aku sikit – sikit. Sampai sekarang aku tawar hati untuk ke rumah mak mertua aku.

Tapi aku mengalah sebab suami aku ada syurga dia. Ya kami berjauhan. Sorang timur sorang barat macam tu. Suami aku, dia faham aku. Dia selalu perasan bila mak mertua herdik perli aku. Mereka suka juga bandingkan anak aku dengan anak-anak kakak dia. Katanya anak aku ni gelap. Takpe aku sabar.

Banyak lagi mak mertua dengan kakak ipar dah buat ke aku sampai aku tawar hati macam ni. Tapi terlalu panjang nanti. Alhamdullilah anak aku dah hampir 6 tahun sekarang. Sama usia dengan anak kakak ipar aku tu.

Alhamdullilah, anak aku sentiasa dapat anugerah di tadika. Pelajar paling awal dapat membaca dengan baik iaitu seawal usia 4 tahun lebih. Anak aku yang selalu dibandingkan dengan anak kakaknya dulu tu tak ada makna dah.

Anak aku sekarang putih. Mata sepet. Rambut keper4ngan bergulung bahagian bawah. Macam korea. Sekarang mak mertua aku mula nak dekat dekat dengan anak aku dan ketepikan anak kakak ipar aku. Dia ingat aku ni sesenang macam tu ke lupakan apa dia pernah buat.

Korang doakan aku ye. Aku mengandung anak kedua dah.. Tolong doakan anak- anak aku serta satu keluarga aku bahagia hingga ke syurga. Pengajaran dia dekat sini, korang kena sabar dan tabah bila korang kena macam-macam dengan keluarga in law korang.

Ada yang direzekikan mertua yang baik. Ada yang sebaliknya. Yang penting, suami kita sentiasa menghorm4ti maknya. Sebab itu syurga mereka.. Itu sahaja dari aku. – Aida (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Anak diserang penyakit misteri, bapa ini sanggup buka makmal perubatan untuk cipta ubat