Cantik itu adalah subjektif namun bila sudah hidup di zaman media sosial, maka kita tidak lari daripada menjadi obses untuk kelihatan cantik sepanjang masa. Seorang ibu dari Jepun ini sanggup menyuruh anaknya yang berusia sembilan tahun untuk buat pembedahan plastik pada bahagian mata supaya kelihatan cantik.
Rucchi pernah mengalami trauma kerana tidak mempunyai dua kelopak mata, dia menganggap dua kelopak mata sebagai standard kecantikan seseoran lapor Daily Star.
Prosedur pembedahan plastik buat kanak-kanak perlu dipersetujui ibu bapa, maka disebabkan itu adalah senang untuk Micchi melakukannya.
“Jika boleh menahan rasa sakit ketika menjalani pembedahan plastik, anda akan menjadi seseorang yang jelita,” ujarnya.
Adik lebih cantik sebab mata besar
Semasa membesar, adik Rucchi dan ibunya memiliki mata besar. Layanan yang diberikan kepadanya juga berbeza berbanding adiknya. Itu menyebabkan adiknya tampak lebih cantik daripadanya.
“Penduduk di kawasan kejiranan kami menganggap adik saya cantik dan memberikannya gula-gula dan mereka tidak pernah memberitahu perkara serupa kepada saya,” katanya.
Si ibu berpendapat seorang kanak-kanak perlu memiliki dua kelopok mata kerana menurutnya gadis dengan satu kelopak mata tidak kelihatan cantik.
Baca Juga: Mengagumkan! Remaja ini hanya selera makan roti croissant selama lebih 10 tahun