Makan lobak untuk elakkan rabun sebenarnya mitos, hanyalah kempen masa perang dunia kedua

Sejak daripada kecil, kita diajar untuk makan lobak dengan alasan mampu mengelakkan diri daripada rabun namun ternyata fakta ini hanyalah mitos semata dan hanyalah kempen propaganda semasa perang dunia kedua.

Menerusi bebenang yang dikongsi Twitter MedTweetMY, ia menyatakan bahawa makan lobak boleh membantu penglihatan bermula dari kempen propaganda semasa perang dunia kedua dan hanyalah mitos semata.

“Dikatakan menteri British ketika itu memberitahu akhbar bahawa seorang juruterbang bernama Cunninghams berjaya menembak musuh kerana memakan banyak lobak.

“Jadi, benarkah lobak menajamkan penglihatan seperti apa yang diperkatakan? Perlu tahu bahawa lobak mengandungi tinggi vitamin A kerana adanya Carotene. Sebab itu lobak berwarna jingga kemerahan,” katanya pada hantaran tersebut.

Jelasnya, tidak kira berapa banyak lobak yang dimakan, ia tetap tidak membantu mengurangkan risiko rabun dan hanya menyebabkan pigmentasi oren kekuningan di bawah kulit sahaja.

“Sebaliknya pengambilan lobak berlebihan akan menyebabkan berlaku pigmentasi oren kekuningan di bawah kulit dan keadaan ini dinamakan Carotenemia,” katanya.

Baca Juga: Bekalan telur terjejas kerana dieksport ke luar negara

Baca Juga: Murid tahun dua pun dah kena jawab soalan KBAT tentang pekerjaan, ‘ini silibus syok sendiri’