Makan ubat tahan sakit banyak sangat, lelaki maut hanya sebab sakit gigi

Berpunca hanya daripada sakit gigi, seorang lelaki berusia 29 tahun maut selepas mengambil ubat tahan sakit melebihi dos yang disarankan doktor. Lelaki tersebut dikatakan sudah menahan sakit gigi selama tiga hari.

Mangsa dari Sulawesi Selatan, Indonesia ditemui oleh ahli keluarga dalam keadaan mulut berbuih di dalam bilik air. Mangsa juga dikatakan terlalu lama di dalam bilik air sehingga salah seorang ahli keluarga mangsa bertindak untuk bertanyakan keadaan dirinya.

Namun panggilan yang tidak dijawab menyebabkan ahli keluarganya memecahkan pintu bilik air sebelum menemui mangsa sudah terbaring di atas lantai

“Kami terkejut melihat mulutnya terbuka dengan dipenuhi buih dan dia terbaring atas lantai.”

Menurut Ketua Polis Bontomarannu iaitu Hafit Yudin, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian membawa mayat mangsa untuk dibedah siasat.

Menurut sumber, ahli keluarga mangsa bersepakat enggan menjalankan bedah siasat terhadap mayat mangsa. Difahamkan, pihak polis turut merampas beberapa ubat dalam bentuk tablet dan serbuk untuk dianalisis lapor Kompass.

“Setakat ini, kita tidak boleh membuat kesimpulan sama ada mangsa terlebih dos atau sengaja minum racun.”

Baca Juga: Jangan tunjuk tingkah laku buruk pada umum, DG Hisham tegur Noh Salleh isu rokok di KLFW

Baca Juga: Malaysia tiada layanan istimewa! Di luar negara ada penjara ala VIP setaraf hotel 5 bintang