Seorang wanita dari China buat keputusan untuk berhenti kerja selepas lima tahun berkhidmat hanya sebab kecewa dan rakan sekerja yang tidak hadir ke majlis perkahwinannya walapun sudah dijemput, hanya seorang daripada 70 pekerja hadir.
Wanita tersebut meluahkan rasa kecewanya di media sosial selepas terasa seperti diaibkan oleh rakan sekerjanya pada hari perkahwinannya lapor berita Cina EToday.
Wanita yang tidak dikenali itu dikatakan telah bekerja di syarikat yang sama selama lima tahun dan merasakan bahawa dia mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sekerjanya.
Dia telah menghadiri majlis perkahwinan satu pertiga daripada 70 rakan sekerjanya, jadi apabila dia memutuskan untuk mengikat tali pertunangan, dia yakin bahawa kebanyakan mereka mahu berada di sana pada hari bahaginya.
Meja kosong sebab rakan sekerja tak hadir
Dia menyediakan enam meja yang dikhaskan untuk mereka, tetapi daripada 70 kerusi itu, hanya satu yang benar-benar diduduki.
Lebih menyedihkan yang hadir ke majlis kahwin dalah perantisnya sendiri, yang mungkin tidak dapat menolak daripada hadir ke majlis tersebut.
Satu-satunya rakan sekerja yang menghadiri majlis perkahwinan wanita itu nampaknya adalah perantisnya, yang mungkin berasa bertanggungjawab untuk berada di sana.
Tak mampu kerja dengan golongan yang menjatuhkan air mukanya
Akibat rasa malu dan diaibkan, wanita itu membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana tidak mampu untuk terus bekerja dengan mereka yang telah menjatuhkan air mukanya di majlis bahagianya sendiri.
Kisah yang tular di China itu membahagikan netizen kepada dua kumpulan, satu yang bersetuju dengan keputusannya untuk meninggalkan syarikat itu, dan satu lagi yang menyalahkannya kerana meletakkan harapan terlalu tinggi.