Marvel perkenal watak Adiwira Muslim pertama, wanita pula tu

 

Marvel memperkenal watak adiwira Muslim pertama dan wanita diangkat untuk memegang watak itu. Khan merupakan karakter buku komik beragama Islam pertama yang jadi watak utama.

Sejurus pengumuman tersebut dibuat, peminat turut berkongsi kegembiraan mengenai perancangan membawa watak adiwira beragama Islam pertama ke ayar perak.

Iman Vellani memegang watak Kamala Khan, seorang gadis muda yang mempunyai imaginasi besar yang suka bermain permainan dan menulis fiksyen tentang idola kegemarannya, tetapi merasa seperti orang “pelik” – sehingga dia dapat kuasa hebat seperti wira yang dipujanya.

Bintang-bintang filem Marvel termasuk Brie Larson, Mark Ruffalo dan Kumail Nanjiani telah mengalu-alukan Khan ke alam sinematik di media sosial.

“Ini bukan hanyalah wanita berkulit gelap dari bandar Jersey yang menyelamatkan dunia, ini juga satu fantasi,” kata Khan dalam klip tersebut.

Tapi selepas dia mendapat kuasa, dalam trailer tersebut ” Saya berfikir yang saya mahukan kehidupan seperti ini, tapi saya tak dapat bayangkan semua yang terjadi sekarang” – meramalkan yang mungkin ia lebih daripada apa yang dia harapkan.

Ms. Marvel yang merupakan watak Kamala Khan yang mempunyai keupayaan untuk mengubah bentuknya mengikut situatsi.

Watak tersebut dicipta pengkarya buku komik terkenal seperti Sana Amanat, Stephen G. Willow dan Adrian Alphona.

Isu pertama komik Ms. Marvel bersama Khan memenangi anugerah ternama untuk karya fiksyen sains, Anugerah Hugo, untuk jalan cerita grafik terbaik pada 2015.

Baca Juga: https://themalaysialife.com/gara-gara-bos-bayar-gaji-kecil-pekerja-ambil-keputusan-pindah-terus-ke-pejabat/

Baca Juga: https://malaysiadateline.com/tiada-pembubaran-dun-kerajaan-ph-jimat-puluhan-juta-ringgit-hanya-untuk-tukar-mb/