Masyarakat dinasihat berhati-hati dalam memilih produk

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meminta masyarakat berhati-hati dan tidak membeli sesuatu produk jika ada bahan meragukan.

Ia susulan baru-baru ini tular di laman sosial mengenai jenama gula-gula yang didakwa mengandungi unsur tidak halal, namun mempunyai tanda halal pada pembungkus.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya mengesahkan tiada gula-gula mengandungi unsur tidak halal dijual di pasaran.

Sebaliknya, Nanta menerima maklumat bahawa produk tersebut dijual di pasaran dalam talian.

“Setakat ini saya difahamkan produk ini tidak dijual di kedai, cuma boleh didapati melalui dalam talian.

“Kepada pengguna tengoklah kalau benda itu macam tak betul jangan beli,” katanya. kepada pemberita pada sidang media.

Sidang media itu dibuat selepas beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Baharu Lulu Hypermarket, Kedai Serbaneka Ecohill dan Kempen Beli Barangan Malaysia 2022, hari ini.

Menurut Nanta, pihaknya akan terus berpandukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam hal berkaitan status halal dan haram.

Baru-baru ini JAKIM menerusi Bahagian Hab Halal mereka memaklumkan bahawa produk tersebut telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf mereka.

Baca Juga: Bunuh dan masak kucing bunting, lelaki bagi alasan terlalu lapar

Baca Juga: Bendera Selangor dikibar separuh tiang selama tiga hari