Mayat bayi disorok dengan mainan dalam peti sejuk, dijumpai lepas setahun

Mengejutkan apabila mayat seorang bayi dijumpai di dalam peti sejuk yang difahamkan telah disimpan selama setahun, di sebuah daerah di Thailand.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Chiang Mai apabila mayat seorang bayi baru lahir ditemui di dalam peti sejuk beku yang dipercayai disembunyikan bapanya di sebuah rumah, lapor Bangkok Post. 

Mayat bayi disembunyi bapa lebih setahun

Menurut Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai, mayat bayi yang dibalut dengan tuala kuning ditemui pekerja yang diupah mengubah suai sebuah rumah di perkampungan Wa Ket di daerah Muang di sini.

Katanya lagi, bayi yang mati selepas dilahirkan itu adalah milik pasangan kekasih yang dahulunya tinggal di rumah tersebut yang tidak dapat mengebumikan bayi itu selepas ibunya ditangkap atas dakwaan mencuri.

Mayat dibungkus dan diletakkan mainan

Sebelum ibu bayi yang dikenali sebagai Uew berusia 24 tahun dihantar ke penjara, pemilik asal rumah itu berpindah semula ke rumahnya dan apabila pekerja pengubah suaian membuka peti ais tersebut, dia menemui mayat bayi dibungkus dan diletakkan mainan bersamanya.

Tambahnya, pegawai polis dan pasukan penyelamat bergegas pergi ke rumah tersebut dan mendapati mayat bayi itu telah meninggal dunia lebih setahun lalu.