Seperti yang kita tahu, memiliki anak kecil atau kanak-kanak sudah pastinya mampu menceriakan dan memeriahkan lagi suasana, tidak kira di dalam atau luar rumah.
Setiap hari ada sahaja telatah dan gelagat mereka ini yang menghiburkan kita semua.
Bukan saja mulut yang banyak bercakap itu ini, tetapi kadang kala sikap mereka juga boleh membuatkan kita ‘geram’.
Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan bermandikan lebih seratus biji telur ayam.
Perkongsian video melalui akaun TikTok @rais_murtabak_kadok yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu, menyaksikan aksi riang si kecil itu memecahkan lebih seratus biji telur yang akan digunakan bagi membuat murtabak untuk dijual.
Bagaimanapun, wanita itu dilihat seolah-olah reda dengan apa yang berlaku di depan matanya.
Dalam video tersebut, wanita berkenaan meninggalkan kaspyen ‘anak oh anak, sabar sahajalah, telur sudah menjadi bubur’.
Selepas video itu tular, orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah memahami perasaan sang ibu tersebut.
“Kalau aku nangis bukan sebab harga telur tu… sebab kena bersih kan tu yang tak sanggup… dengan bau hanyir.. bertuahnya kau anak ooo anak… nasib bukan anak aku..,” komen seorang pengguna TikTok.
“Nak marah. tapi nak gelak pon ada. Ya Allah sabor je lahhh!
“Telur jatuh pecah sebiji pon aku cuci dengan air limau lantai tu.. ni kan banyak macam ni,..adehhh,..oh anakk,” komen seorang lagi pengguna TikTok.
Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 537,000 tontonan, 20,600 tanda suka dengan 2,780 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen daripada orang ramai.
Baca Juga: PRU-15: “Saya akan buat ucapan penutup bagi seluruh negara di Tambun” – Anwar
Baca Juga: PRU-15: Adly optimis Pelan Alor Gajah Berwibawa mampu dilaksanakan