Membimbangkan! Nak dekat PRU15, negeri ini pula melambung lebih tiga kali ganda kes demam denggi

Membimbangkan! Ketika sibuk seluruh negara bersiap menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lain pula halnya dengan Sabah apabila kes demam denggi melambung lebih tiga kali ganda.

Negeri di Malaysia Timur itu mencatatkan peningkatan kes itu hingga minggu ke-42 tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Sehingga 22 Oktober lepas, lima daerah yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi di negeri Sabah iaitu Sandakan, 1,394 kes, Kota Kinabalu (1,155); Tawau (387); Lahad Datu (349) dan Putatan (344).

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, berkata peningkatan kes yang sangat membimbangkan itu dapat dilihat apabila sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Menurutnya, satu mesyuarat sudah diadakan pihaknya menerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi Negeri pada Selasa lepas bagi membincangkan situasi terbabit.

“Lima kes kematian akibat demam denggi turut direkodkan iaitu tiga di Sandakan dan masing-masing satu di Papar dan Tawau.

“Bagi lokaliti wabak aktif pula, sejumlah 74 lokaliti wabak aktif membabitkan 11 wabak hotspot, 11 wabak tidak terkawal dan 52 wabak terkawal di seluruh Negeri Sabah yang membabitkan tujuh daerah iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kudat, Penampang dan Pitas,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Susulan itu, Safar berkata pihaknya menasihatkan rakyat Sabah agar sentiasa mengambil tindakan kawalan pencegahan demam denggi.

“Kerajaan negeri menyarankan individu yang mengalami gejala penyakit demam denggi agar mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital terdekat bagi mengurangkan risiko komplikasi demam denggi berdarah.

“Ini terutamanya bagi golongan kanak-kanak serta mereka yang mempunyai penyakit komorbid,” tegasnya lagi.

Untuk rekod, Sabah mencatatkan peningkatan luar biasa jumlah pengundi pada PRU15 yang bagi Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Yeck Lee amat mengejutkan.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah menunjukkan peningkatan pengundi baharu di negeri itu sebanyak 53.9 peratus, iaitu daripada 1.1 juta orang pada 2018 kepada kira-kira 1.7 juta orang tahun ini.

Ekoran itu, Teck Lee mengesyaki kewujudan pengundi yang dihasilkan melalui skandal Projek IC (Kad Pengenalan) seperti pernah menjadi isu di Sabah sebelum ini.

Jelasnya, mengikut kajian awal daftar pengundi 2022, kebanyakan pengundi baharu itu berumur antara 30-an hingga 60-an.

Baca juga Anwar berhenti tidak sampai sehari bekerja, Najib dan Mahathir kemudiannya ceburi O&G

Baca juga Kapal bocor di lautan bergelora: Ada bertungkus lumus, ada yang tidak endah apa yang berlaku