Mengadu tak dapat buang air besar, doktor jumpa dumbbell dalam dubur

Mengadu tak dapat buang air besar, doktor jumpa dumbbell dalam dubur. Lelaki dari Brazil tersebut terpaksa dibedah apabila memasukkan dumbbel ke dalam duburnya.

Menurut Daily Mail, lelaki berusia 54 tahun itu menunggu selama dua hari sebelum memutuskan untuk mendapatkan rawatan perubatan selepas gagal mengeluarkan besi seberat 2kg itu dengan sendiri.

Ketika datang ke hospital di Manaus, lelaki tersebut mengadu sakit perut, loya dan tidak dapat membuang air besar.

Selepas pemeriksaan di kawasan rektumnya tidak menemui tanda-tanda yang menyebabkannya mengalami keadaan itu, doktor mengarahkan agar perutnya diimbas menggunakan X-ray.

Pakar perubatan berkata lelaki itu ‘tidak bekerjasama’ semasa pemeriksaan fizikal yang dilakukan ke atasnya.

Setelah X-ray dilakukan, mereka mendapati bahawa terdapat satu dumbbell sepanjang 20cm di bahagian kolon dan rektumnya.

Disebabkan itu, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan ke atas lelaki itu. Bagaimanapun, dumbbell tersebut tidak berjaya dikeluarkan.

Berikutan itu mereka tiada pilihan lain selain memilih untuk menggunakan cara ‘pengekstrakan manual’ di mana pakar bedah memasukkan tangan ke dalam dubur lelaki itu untuk mencapai dumbbell tersebut.

Kes tersebut ditulis di dalam International Journal of Surgery Case Reports, mereka mendakwa bahawa proses itu sangat sukar tetapi dumbbell itu akhirnya berjaya dikeluarkan.

Selepas tiga hari di hospital, lelaki tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah.

Sementara itu, doktor berkata majoriti pesakit yang dirawat kerana rektum mereka mengandungi objek adalah lelaki berumur di antara 20 dan 40 tahun.

Difahamkan, ia sering berlaku disebabkan pesakit ingin merasa kepuasan seksual. Pun begitu, bilangan saraf di dalam dubur menjadikannya sangat sensitif.

Selain itu, pakar perubatan juga berkata ramai pesakit yang datang ke hospital kerana percubaan mereka untuk mengeluarkan sendiri objek itu gagal.

Dalam kes ini, lelaki tersebut dijangka tidak mengalami komplikasi jangka panjang.

Baca Juga: Anuar Zain berangkat ke Syria untuk misi kemanusiaan

Baca Juga: PH perlu 2 kali PRU untuk ke Putrajaya, Kadir harap kenyataan Nurul Izzah sekadar lepas geram