Mengerikan! Kanak-kanak terperangkap dalam lubang sedalam 122 meter

Mengerikan! Itu situasi dihadapi seorang kanak-kanak di India yang dilaporkan terperangkap dalam lubang telaga sedalam 122 meter (m).

Pihak berkuasa dan penduduk sebuah kampung di India masih bertungkus lumus menyelamatkan kanak-kanak itu.

Insiden berkenaan berlaku di Kampung Mandavi, Betul, Madhya Pradesh, kira-kira 5 petang, semalam.

Polis dari Balai Polis Aathner, Anil Soni berkata, kanak-kanak itu, dikenal pasti sebagai Tanmay Diyawar yang berusia lapan tahun.

Katanya, kanak-kanak lelaki itu dilaporkan sedang bermain di sebuah padang, sebelum terjatuh dalam sebuah lubang telaga yang digali penduduk, baru-baru ini.

Pihak berkuasa melancarkan misi menyelamat dengan menggunakan jengkaut yang dibawa masuk khusus untuk menggali kawasan itu.

Pada masa sama, ketetapan dibuat dalam membantu membekalkan oksigen kepada kanak-kanak itu bagi memastikan dia dapat bertahan sementara kita masih giat berusaha membawanya keluar,” katanya.

Soni berkata, kanak-kanak itu dipercayai terperangkap pada kedalaman 18.3 m.

Baca Juga:

Baca Juga: