Mentua tamak duit, wanita bunuh diri selepas diseksa selama 8 tahun

Akibat terlalu tamak akan duit, seorang wanita Sikh yang tinggal di New York diseksa selama 8 tahun oleh suami dan keluarga mentua hingga dia membuat keputusan untuk bunuh diri.

Mandeep Kaur, 30, seorang wanita Sikh dari Uttar Pradesh di India menetap di New York bersama suaminya dan dua anak perempuan berusia empat dan enam tahun lapor Mirror.

Dikurung dalam kontena 5 hari

Dia kerap dipukul oleh suaminya dan pada satu ketika dikurung dalam kontena selama lima hari.

Ayahnya, Jaspal Singh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap menantunya.

Dia mendakwa anak perempuannya terpaksa melepaskan diri di dalam kontena sebelum suaminya memberikan video dia membersihkan sisanya sendiri kepada kakaknya.

Masih berharap suami berubah

Dalam video yang kini tular, Mandeep menangis teresak-esak sambil berkata, sudah lapan tahun dia menjadi mangsa kejam suami sendiri.

“Saya mencuba yang terbaik. Saya dipukul setiap hari tanpa sebab… Saya fikir dia akan bertambah baik suatu hari nanti.

“Tetapi tidak, dia memukul saya selama lapan tahun dan mempunyai hubungan luar nikah.

“Kami tinggal di sana (di India) selama dua setengah tahun pertama, dan itu adalah neraka,” katanya.

Jaspal menghubungi polis mengenai penderaan melampau yang dilakukan menantunya, tetapi Mandeep berjaya mengubah fikirannya selepas suaminya merayu untuk menyelamatkan dia.

Dia mengakhiri video itu yang kini dikongsi di Twitter dengan nota.

“Kamu semua berkumpul dan membuatkan saya tidak berdaya. Saya perlu meninggalkan anak-anak saya dan pergi sekarang,” katanya.

Mandeep ditemui mati di New York selepas disyaki membunuh diri pada 3 Ogos lalu.

Ayahnya yang berusia 60 tahun berkata, perkahwinan anak perempuannya diselangi kesakitan, penyeksaan dan trauma dan dia putus harapan dan keseorangan semasa detik terakhirnya.

“Tiada sesiapa di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir.

“Saya tidak mahu orang lain mengalami keadaan yang sama, justeru kami mengambil tindakan terhadap keluarga suami untuk menuntut kembali dowri,” katanya.

Kisah ngeri bermula 8 tahun lepas

“Pada 2014, anak perempuan saya berkahwin dengan lelaki itu, menganggap ia adalah perkahwinan yang paling sesuai. Dia seorang pemandu trak di New York.

“Sejurus selepas perkahwinan, mentua mula menuntut mas kahwin. Mereka sering meminta anak perempuan saya wang tunai 25 lakh (RM11.2 juta) dan sebuah kereta mewah.

“Apabila dia enggan, mereka sering menyeksanya dan menyampaikan permintaan mereka kepada kami,” katanya.

Baca Juga: 4 wanita pecah rumah larikan peti besi warga emas rugi RM37,000

Baca Juga: Padah suap vape ke mulut bayi kononya niat bergurau, seorang lelaki ditahan polis