Menyayat hati! Bayi lahir hasil sumbang mahram meninggal sebab penyakit genetik

Menyayat hati! Bayi lahir hasil sumbang mahram meninggal sebab penyakit genetik. Bayi lelaki tersebut dikatakan meninggal dunia dalam beberapa jam selepas kelahiran.

Portal Daily Star melaporkan bayi dilahirkan di Dustlik, Uzbekistan pada 4 Jun lalu itu dikatakan mengalami banyak kecacatan kelahiran kerana ibu bapanya dipercayai adik-beradik.

Ibu bapa dipercayai adik beradik

Dustlik, Uzbekistan pada 4 Jun lalu itu dikatakan mengalami banyak kecacatan kelahiran kerana ibu bapanya dipercayai adik-beradik.

Video menyayat hati merakamkan bayi itu menangis dalam inkubator ketika seorang jururawat mengelap kulit kering dan bersisik di bahagian bawah badannya.

Kongenital iktiosis adalah penyakit kulit yang diwarisi dan mempunyai ciri kulit yang merah, kering serta kasar dengan ‘sisik’ putih kasar dan halus yang besar.

Bayi lahir pada usia 35 minggu

Ibunya yang dilahirkan pada 1994, mengandung 35 minggu dan empat hari, ketika dia melahirkan bayi lelaki itu, menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan pada 28 Jun.

Bayi lelaki itu adalah anak keduanya, yang pertama dilahirkan oleh suami terdahulu dan kehamilan itu normal, tambah kementerian berkenaan seperti dilaporkan portal berkenaan.

Dia dilahirkan dengan ‘kongenital iktiosis yang teruk’ dan kecacatan kelahiran lain yang disifatkan sebagai mengancam nyawa, menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan.

Bagaimanapun, di sebalik usaha terbaik doktor untuk menyelamatkannya, bayi itu meninggal dunia hanya selepas dua jam 10 minit selepas dilahirkan.

Kementerian Kesihatan Uzbekistan berkata, dalam bidang perubatan, terbukti dalam kebanyakan kes, kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai kecacatan genetik akibat perkahwinan membabitkan saudara terdekat.

“Khususnya, disebabkan keluarga sebegitu, anak dalam kandungan mungkin mengalami penyakit berbahaya seperti terencat akal kongenital, gangguan kromosom, sindrom Down, terencat mental dan fizikal yang teruk.

“Oleh itu, kami meminta golongan muda yang sedang membuat persiapan untuk berkahwin, pertama sekali, menjalani pemeriksaan kesihatan dan seterusnya mengelak perkahwinan antara saudara terdekat,” katanya.

Baca Juga: Gagal samun, lelaki maut tertikam paha sendiri selepas tetak orang

Baca Juga: Mahu jual ayam goreng berempah, ini 16 kos tersembunyi wajib diteliti