‘Mereka layak bawa nama V.E’ – Lah Ahmad beri sokongan sepenuhnya

Kumpulan V.E yang menyertai Gegar Vaganza 9 sentiasa mendapat kritikan daripada bekas anggotanya, Damian Mikhail namun buat Lah Ahmad dia menyokong usaha yang dilakukan kumpulan tersebut meskipun sudah tidak bersama mereka

Usaha mereka dapat dilihat apabila persembahan mereka bertambah baik saban minggu. Lah bagaimanapun tidak tahu punca dan mengapa Damian kerap melontarkan kritikan.

“Tiada siapa yang boleh halang dia memberikan pendapat. Tetapi, biarlah melontarkan pandangan yang membina. Dalam industri, kita perlukan sokongan dan doa untuk teman seangkatan.

“Tidak perlulah komen menghentam kerana nanti orang akan ungkit apa yang kita tidak puas hati. Disebabkan itu, kita jangan buat salah biarpun sebesar zarah,” katanya.

Sebagai sahabat, Lah berkata dia mengambil tahu perkembangan terkini rakan-rakannya, malah sentiasa mendoakan perjuangan mereka lapor Utusan.

“Memang saya ambil tahu kerana mereka sahabat saya, walau dalam bidang apa sekalipun. Susah untuk bercakap mewakili semua orang dan kerana itu, saya lebih selesa bergerak sendiri.

“Kalau ada apa-apa salah, saya tanggung sendiri. Saya suka melihat V.E masuk GV9 dan persembahan mereka sangat mengagumkan.

“Saya tabik hormat kerana mereka dapat membuat persembahan dengan dengan baik. Mereka memang layak bawa nama V.E,” katanya.

Baca Juga: Bakal keluarkan kenyataan pada 24 November, Amelia bersyukur keluarga beri sokongan

Baca Juga: Menjelang penamaan calon esok, Anwar Ibrahim mendahului jadi pilihan rakyat sebagai PM