Banjir ini boleh sebabkan banyak risiko, disebabkan itu ramai yang diminta untuk berada di rumah. Namun tindakan sekolah ini yang tetap meneruskan peperiksaan menyebabkan risiko kepada pelajar yang perlu hadir.
Terlihat video yang tular mengenai pelajar dari Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang terpaksa menduduki peperiksaan Ujian Kelas KAFA (UPKK).
Memetik Sinar Harian, mereka tetap menjawab soalan walaupun dalam keadaan kelas dinaiki air sehingga paras betis akibat hujan lebat.
Lengkap berbaju sekolah
Jelas kelihatan ketidakselesaan apabila pelajar terpaksa mengangkat kaki atau rendam kaki mereka ketika menjawab peperiksaan. Ia menimbulkan kebimbangan jika ada binatang berbisa berenang di dalam air.
Walaupun ada yang memuji semangat tinggi murid-murid serta tenaga tersebut yang sanggup menduduki peperiksaan dalam kelas yang dinaiki air akibat hujan, terdapat segelintir yang meluahkan kerisauan mereka.
@beritaalhijrah114 Murid terpaksa buka kasut, bersila di atas kerusi selain guru-guru terpaksa meredah banjir dalam kelas. Kejadian berlaku di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang #beritaalhijrah #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #banjir #sekolah #upkk #sekolahrendahagama #pendidikan #kementerianpendidikan
Komen Netizen
Netizen mula menyalahkan pihak sekolah kerana memberi risiko kepada pelajar apabila tidak menangguhkan peperiksaan walaupun keadaan cuaca semakin buruk.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai hujan lebat dijangka akan berterusan selama tiga hari berturut-turut di sekitar Lembah Klang dan juga Pantai Timur bermula 1 Disember.
Baca Juga:
Baca Juga: