Murid Tahun Lima dikasari ketika hadiri kem motivasi, empat laporan telah diterima polis

Tular sebelum ini mengenai 60 murid Tahun Lima yang didakwa dikasari ketika hadiri kem motivasi oleh sebuah badan bukan kerajaan.

Pelajar-pelajar itu dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan menangis selepas menyertai kem motivasi berkenaan lapor sebuah laman portal berita.

Mereka juga mengadu fasilitator berkenaan turut melakukan kekasaran dengan mencekik dan menolak ke dinding serta dipukul dengan penyapu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A Anbalagan berkata pihaknya menerima laporan pada Selasa lepas berhubung dakwaan murid dikenakan tindakan fizikal.

Antara aktiviti yang dilaporkan ialah disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam, dihukum melakukan ketuk ketampi hanya kerana berbual serta dipukul dengan penyapu.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat.

“Semua pihak termasuk penganjur kem motivasi akan dipanggil bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Baca Juga: Hanya berhubung di Instagram, akhirnya kantoi status lelaki sebenarnya suami orang

Baca Juga: Dipecat Umno? Annuar mimpi ditarik keluar dari api, mampu lihat rumah pusaka terbakar