Penyanyi lagu Jutaan Purnama, Datin Alyah masih belum bersedia untuk bersara daripada industri hiburan. Selain daripada nyanyian Alyah juga menimpikan untuk berlakon dalam telefilem ataupun filem.
“Bersara? Tidak sama sekali. Tetapi, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Kalau boleh saya teringin buat konsert solo.
“Saya juga mahu mencuba berlakon pula. Kalau boleh mahu cuba telefilem atau filem. Mana tahu, ada rezeki,” ujarnya.
Bakat baru tak boleh cepat mengalah
Alyah menasihati pendatang baru industri untuk tidak cepat mengalah hanya kerana berdepan kegagalan kerana itu adalah fasa perjalanan untuk mencapai kejayaan dalam dunia seni.
Para pelapis industri hiburan ini perlulah percaya akan diri sendiri dan berusaha mengejar impian biarpun ia mengambil masa yang lama dan jalannya lebih berliku.
“Kita tahu, ini semua proses. Kita kena percaya diri, selain tahu kemampuan dan bakat. Belum tentu kalau kita berjaya muncul juara pertandingan, populariti dan kejayaan terus bergolek datang.
“Satu lagi, jangan merungut. Kadang-kadang, ada bakat baharu yang suka merungut dan meluahkannya di media sosial.
“Kita kena cermin diri. Tahu diri sendiri. Tuhan sudah susun apa yang terbaik untuk kita,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Baca Juga: Warisi harta datuk pengusaha video porno, gadis ini dikatakan lebih kaya dari Ratu Elizabeth
Baca Juga: Mufti kata tiada hukum jelas dalam al-Quran melarang umat Islam sebut RIP