“Nak jaga bentuk badan punya pasal, aku selalu tolak ajakan suami untuk bersama tapi apa yang suami buat lepas tu buat hati aku hancur…”

Bila sudah berkahwin sudah lumrah untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan. Selain untuk memenuhi nafsu, hubungan intim akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri.

Hubungan intim juga untuk mendapatkan zuriat sekaligus menceriakan lagi rumahtangga yang dibina.

Namun, perkongsian wanita ini mengejutkan warganet kerana dia selalu menolak ajakan suami untuk bersama kerana takut mengandung. Ujarnya dia takut mengandung kerana risau bentuk badan akan berubah.

Lazimnya wanita yang berbadan dua akan mengalami perubahan fizikal seperti kenaikan berat badan. Perkara itu menggusarkannya kerana belum bersedia.

Namun, dia hanya memberitahu alasan penat setiap kali diajak oleh si suami.

Dek kerana sering ditolak ajakan bersama, dia mendapat tahu suaminya telah membeli patung seks dan menggunakannya di hadapannya.

Perkara itu membuatkan dia kecewa kerana berasa seolah-olah diri telah dicurangi. Perkongsian tersebut meraih kecaman daripada warganet.

“Kenapa kau kawin? Baik kau bujang je,” ujar seorang pengguna X.

Baca juga: Meremang! Pemandu van jenazah kongsi rakaman suara misteri seakan-akan wanita sedang mengaji surah Yassin