Tidak lagi menetap di Malaysia, Sajat tawar harga baru untuk banglo mewah miliknya yang terletak di Kota Damansara pada harga RM7 juta. Dia dikatakan memberi diskaun pada harga rumah yang sebelum ini bernilai RM9.5 juta.
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman turut menyediakan perkhidmatan sewa banglo dua tingkat tersebut pada harga sekitar RM23,000 sebulan dan mengiklankan rumah tersebut di Instagram miliknya lapor Kosmo.
Harga masih boleh dirunding
Bagaimanapun, harga yang ditawarkan masih boleh dirunding mengikut kesesuaian dan budi bicara kedua-dua pihak. Malah sajat juga akan menyediakan khidmat peguam dan pengurusan pinjaman bank secara percuma agar proses jual beli berjalan dengan lancar.
“Harga jualan baharu hanya RM7 juta dan terus dari pemilik, sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Cik Nadhia,” katanya.
Baca Juga: Kos sara hidup makin melambung tapi masih buang duit – Ini senarai membazir yang tetap ramai lakukan