Nak kurus sangat, wanita patah empat tulang rusuk lepas batuk kuat

Terlalu kurus juga sebenarnya adalah tidak sihat. Seorang wanita dari Shanghai, China menanggung kesakitan selepas empat tulang rusuknya patah hanya disebabkan batuk kerana makan makanan pedas.

Wanita tersebut mengadu terdengar bunyi kuat di bahagian dada selepas batuk kerana makan makanan pedas. Namun dia tidak menyangka bunti tersebut sebenarnya adalah kerana tulang rusuknya retak.

Hanya ke hospital sebab sukar bernafas

Huang mula mengalami kesukaran bernafas selepas merasai kesakitan di bahagian dada, maka wanita itu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lapor South China Morning Post.

Selepas imbasan CT dilakukan, empat tulang rusuk patah dan disebabkan berat badannya seberat 57kg dengan ketinggian 171cm, doktor menegaskan punca kejadian adalah kerana tubuh badannya.

Nak kurus sangat, wanita patah empat tulang rusuk lepas batuk kuat

Dada perlu dibalut

Hanya disebabkan itu, dada Huang perlu dibalut selama sebulan dan perlu berehat secukupnya untuk tulang rusuk kembali sembuh.

Tubuhnya terlalu kurus sehingga tulang rusuk jelas kelihatan di bawah kulit. Ketiadaan sokongan otot di bahagian tersebut menyebabkan tulang senang patah.

Huang berjanji untuk meningkat kandungan otot dalam tubuh badannya dengan perbanyakkan aktiviti fizikal sebaik saja kesihatannya kembali pulih.

Baca Juga: Hanya berhubung di Instagram, akhirnya kantoi status lelaki sebenarnya suami orang

Baca Juga: 14 sungai di 7 negeri lepasi paras bahaya, amaran